Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak kongsikan satu kisah benar, yang mungkin boleh jadi asbab terbukanya pintu rezeki untuk sahabat semua — seperti mana Allah bukakan untuk saya.
Saya kenal satu zikir dari seorang Tiktokers bernama Pn Yuslida Othman. Sejak saya amalkan zikir ini setiap hari, alhamdulillah… rezeki datang tanpa putus. Dulu saya sering rasa tersepit. Kewangan sempit, hati pun sempit.
Pada Disember 2024, seorang leader bisnes yang saya kenali perkenalkan satu peluang bisnes yang sangat mudah dan menguntungkan. Tapi bila tengok modal permulaan, saya rasa agak berat. Jadi saya hanya daftar secara percuma, dengan niat — kalau ada rezeki nanti, saya akan mula.
Saya teruskan amal zikir Sayyidul Istighfar yang Kak Yus kongsikan, setiap hari tanpa henti.
Awal Mei 2025, Allah beri rezeki yang tak disangka-sangka. Masa tu pula, bisnes tersebut buat promosi modal minimum — memang kena sangat dengan bajet saya. Tarikh keramat, 16 Mei 2025, saya pun mula aktifkan akaun bisnes saya.
Sejak dari tu, saya istiqamah baca zikir ni setiap kali lepas solat fardu. Hari ni, 16 Jun 2025, genap sebulan saya join. Alhamdulillah…
✔️ Modal pusingan saya sekarang dah 2 kali ganda dari modal mula.
✔️ Saya juga dah buat pengeluaran untung harian, juga 2 kali ganda.
✔️ Bisnes ni sangat mudah, tak perlu cari orang pun, tapi untung masuk setiap hari.
Yang paling penting — saya yakin, semuanya bermula dari keberkatan zikir yang saya amalkan dengan penuh yakin dan harapan.
Jadi hari ni, saya nak kongsi zikir tersebut dengan anda semua. Semoga jadi asbab kebaikan dan rezeki untuk kalian pula. Aamiin 🤲
Zikir Sayyidul Istighfar:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْطَعْتُ ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْلِيْ فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.
Jom kita sama-sama amal. Moga Allah luaskan rezeki kita semua.
Jazakumullahu khairan.