👉 Puasa...Mengapa perlu Minum Minyak Kelapa Dara???
🤔
Fakta bahawa MCFA dicerna secara langsung untuk menghasilkan tenaga dan merangsang metabolisme telah mendorong para atlit untuk menggunakannya sebagai bahan untuk meningkatkan ketahanan tenaga semasa latihan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap daya tahan fizikal tikus yang di beri MCFA pada makanan harian dibanding dengan tikus yang tidak di beri MCFA.
Ujian ini seperti mendemontrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan meningkatkan daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada tikus.
MCFA Minyak Kelapa Dara mampu mengawal dan menyimpan glikogen.
Dalam satu kajian lanjutan untuk menguji teori pengeluaran glikogen, para peserta berbasikal pada 60 kekuatan maksimalnya selama 3 jam dengan meminum salah satu minuman yang diberikan pada kajian sebelumnya. Dengan mengikuti latihan, kadar glikogen otot diukur dan terbukti sama untuk ketiga atlitnya. Kesimpulannya adalah MCFA tidak mengeluarkan simpanan glikogen, namun benar-benar memperbaiki prestasi. Perbaikan dalam penggunaan tidak berhubungan dengan pengeluaran glikogen dan harus dihubungkan denagn satu mekanisme lainnya.
Mudah difahami kenapa para atlit tertarik untuk mendapatkan daya tahan dan tenaga yang lebih besar, namun bagaimaan dengan golongan bukan atlit ?. Sebenarnya MCFA boleh melakukan hal yang sama. Kalau dimakan secara teratur, MCFA mampu memberikan peningkatan pada tenaga dan daya aktiviti sehari-hari.
